Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Judi tanpa lesen, dasar kewangan bagi SME fokus Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Perihal berkaitan judi tanpa lesen dan dasar kewangan jangka panjang serta perancangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) antara yang bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan,  Cha Kee Chin (PH-Rasah) akan bertanya Menteri Dalam Negeri mengenai langkah kerajaan  untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen, kerana kewujudannya menjejaskan hasil kutipan cukai kerajaan. 

Selain itu, Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) akan meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan dasar kewangan jangka panjang dan perancangan untuk membantu SME serta industri terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik COVID-19.

Persidangan Dewan Rakyat juga akan menyambung sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang memasuki hari terakhir, hari ini selepas RMK12 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Sept lepas.

Mengikut takwim Dewan Rakyat, ia akan disusuli dengan jawapan daripada menteri selama tiga hari bermula esok. 

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Okt ini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan