Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam buah rumah panjang, tiga sekolah terjejas banjir di Batang Baleh

KAPIT: Enam buah rumah panjang dan tiga buah sekolah di kawasan Batang Baleh di daerah Bukit Mabong terjejas akibat banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, pemantauan yang dijalankan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit mendapati rumah panjang yang terjejas adalah Rumah (Rh) Rentap, Nanga Entawau, Balleh, Rh Unggam Majau, Nanga Entawau, Balleh dan Rh Soselly Sintau Sumok.

Turut terjejas  ialah Rh James Bandak, Nanga Sempilih, Balleh, Rh John Katil, Karangan Ara, Balleh  dan Rh Panyau, Nanga Kemalih, Balleh.

“Manakala, sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Koh, SK Nanga Sempili dan SK Sungai Kain,” ujar Erwandy.

Tambahnya, bantuan makanan juga telah dihantar kepada penduduk di enam buah rumah panjang terbabit pada Ahad.

Agensi lain yang terlibat termasuk Pejabat Residen Bahagian Kapit, Pejabat Daerah Bukit Mabong, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan