Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia tidak akan berkompromi sekiranya terdapat ancaman di Laut Cina Selatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu pernah dibangkitkannya beberapa kali dalam perjumpaan bersama wakil-wakil negara dan forum antarabangsa semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan.

“Kita katakan kita tidak akan berkompromi dari segi kedaulatan kita,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.

Menyentuh dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara, iaitu antara sembilan fokus dalam Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata keselamatan merupakan isu yang amat penting kerana pembangunan negara akan terbantut sekiranya berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak selamat.

 “Sememangnya kerajaan menumpukan perhatian kepada keselamatan dan pertahanan sejak dari dahulu.

“Bajet kita pun tahun lepas bertambah berbanding dengan yang lepas-lepas kerana kedaulatan negara tak boleh dikompromi dengan sesiapa sekali pun,” katanya.

Ismail Sabri turut menyifatkan Op Benteng, yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia dan dibantu 11 agensi lain, sebagai berjaya dalam menyekat kemasukan pendatang tanpa izin yang mungkin membawa virus COVID-19 ke negara ini.

Beliau berkata usaha itu diperkukuh dengan penambahan 19 pos kawalan sempadan serta pembinaan kem baharu terutama di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan