Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk Bahagian Kapit diminta waspada lakukan aktiviti sungai

KAPIT, 3 Okt: Penduduk di Bahagian Kapit dinasihatkan untuk berwaspada semasa menjalankan aktiviti di sungai terutamanya ketika hujan lebat.

Melalui notis yang dikeluarkan Lembaga Sugai Sungai Sarawak (LSS), hujan lebat yang berlaku di Bahagian Kapit telah mengakibatkan limpahan air besar di Hulu Batang Rajang dan Batang Balui.

LSS menasihatkan semua kapal, bot, perahu kecil dan panjang yang belayar di sungai sentiasa berjaga-jaga dan menggunakan kelajuan yang bersesuaian.

Semua pengguna sungai terutamanya bot ekspress, bot penumpang, perahu kecil dan perahu panjang juga  diarahkan sentiasa memakai jaket keselamatan, menyalakan lampu navigasi atau lampu isyarat dan membunyikan ‘sound fog horn’ ketika menghadapi situasi berhampiran kapal.

Masyarakat setempat terutamanya penduduk di tebing sungai turut disarankan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap paras air sungai kerana berisiko menghadapi banjir.

Maklumat berkenaan kategori  tahap amaran paras air sungai dikawasan terjejas boleh didapati di laman sesawang ihydro.sarawak.gov.my.

Tags: #bm, Kapit, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan