Mengisahkan ketabahan Hamid yang berusaha mencari jalan agar dapat membantu isterinya, Syakila pulih dari gangguan emosi iaitu meroyan setelah melahirkan anak sulung mereka, Irfan. Keadaan Syakila yang kerap berhalusinasi menjadi semakin serius dari hari ke hari sehingga membahayakan keselamatan Syakila dan Irfan.