Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Selepas Kapit, Hospital Medan Sibu dijangka siap 7 Oktober ini

KUCHING: Peningkatan pesakit COVID-19 yang ketara di Sabah dan Sarawak telah meningkatkan beban kerja yang ditanggung oleh staf perubatan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kepadatan pesakit samada pesakit COVID-19 dan bukan kes COVID-19.

Rentetan itu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi meneruskan khidmat tugas sekundernya dalam menyediakan Hospital Medan ATM di Sibu, selepas Kapit.

Sumber: Angkatan Tentera Malaysia

Briged Kesembilan Infantri Malaysia menerusi kenyataannya memberitahu, ia lanjutan daripada mesyuarat koordinasi ATM bersama Pejabat Residen Sibu, Pengarah Hospital Sibu dan Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sibu bagi menangani penularan wabak pandemik Covid-19.

“Penubuhan Hospital Medan ini bertujuan membantu Hospital Sibu menguruskan pesakit bukan kes Covid, sekali gus meringankan tugas staf perubatan di Hospital Sibu.

“Hospital ini dijangka siap pada 7 Oktober ini serta mampu menempatkan 100 katil dan pesakit pada suatu masa,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, kerja-kerja pembersihan dan persiapan penubuhan Hospital Medan Sibu ini telah diatur gerak dan diketuai Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah (AW), Lt Kol Ahmad Halim Mohd Rosli selaku Ketua Tim Persiapan Hospital Medan Sibu serta 10 anggota dari Rejimen 510 AW.

“Pembinaan hospital ini mempunyai empat fasa iaitu fasa pertama penubuhan Holding Bay Area di parkir Zon 5 serta kerja-kerja pemasangan lima khemah jenis TM36 dan Holding Bay ini akan diselia sepenuhnya oleh kakitangan Hospital Sibu.

“Fasa kedua, menyusun atur kedudukan khemah dan penempatan 100 katil yang dikoordinasikan oleh Hospital Sibu.

Sumber: Angkatan Tentera Malaysia

“Fasa ketiga ialah pembukaan Hospital Medan Sibu yang dijangka beroperasi secara rasmi pada 15 Oktober ini dan akan diatur gerak oleh staf perubatan dari 1 Batalion Ubat.

“Fasa keempat pula ialah penarikan Hospital Medan Sibu yang akan dilaksanakan setelah kes semakin berkurangan dan sehingga Hospital Sibu mampu untuk mengendalikan pesakit seperti sediakala,” jelasnya.

Menurut kenyataan itu lagi, persiapan ini bersesuaian dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 dalam tonggak kelima iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam.

Persiapan tersebut telah dilaksanakan secara kelaziman baharu dengan penglibatan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang minimum dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain akan diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi seterusnya membantu negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan