Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Golongan wanita pembuat keputusan dalam sektor swasta masih kurang

ByMadeline Dugat

KUCHING : Penglibatan golongan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor swasta masih kurang.

Penganalisis ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma berkata, ini dapat dilihat berdasarkan jumlah wanita dalam sektor swasta yang belum mencapai sasaran bagi mengisi jawatan pada peringkat pembuat keputusan.

“Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, keadaan ini dilihat masih belum mencapai matlamat 30 peratus. Ini bermaksud sektor swasta masih lagi perlu mempertingkatkan usaha mereka bagi meningkatkan keupayaan wanita,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurutnya, 30 peratus ini bukan kuota bagi penyertaan wanita pada peringkat membuat keputusan, tetapi hanya satu matlamat atau sasaran yang ingin dicapai.

Kerajaan juga telah banyak memperuntukkan geran dan bantuan bagi memperkasakan wanita dalam pembangunan ekonomi melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Apa yang perlu dilakukan adalah memberikan keutamaan kepada aspek menyokong wanita untuk menyertai pasaran buruh sebab kita lihat sekarang ramai kehilangan pekerjaan,” katanya.

Menurut Madeline lagi, seperti kaum lelaki, ada di antara kaum wanita yang menganggur, kehilangan pekerjaan, berhenti bekerja, dan juga bekerja di bawah kelayakan mereka.

Ini yang menyebabkan wujudnya guna tenaga tidak penuh yang perlu ditangani.

“Cuma yang menjadi masalahnya ialah kaum wanita masih ketinggalan dalam beberapa aspek. Pertama adalah penyertaan wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berharap jumlah wanita dapat dipertingkatkan untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan munasabah supaya penyertaan mereka menjadi lebih bermakna.

Madeline berkata, kerajaan juga perlu mempermudahkan keadaan dengan ‘ease of entry and exit’ (memudahkan kemasukan dan keluar) bagi wanita yang menceburi pelbagai bidang untuk mengimbangi pekerjaan dengan kehidupan harian.

“Ini kerana, kita tahu wanita ini perlu mengimbangi keadaan ataupun pekerjaan dalam aktiviti ekonomi dengan tanggungjawab di rumah,” katanya.

Justeru, kerajaan dan sektor swasta perlu memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengimbangi sektor pekerjaan dengan memudahkan keadaan bagi mereka di tempat kerja, seperti menyediakan tempat penjagaan anak dan kelonggaran waktu untuk menguruskan keluarga pada waktu kecemasan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan