Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah. Foto: Bernama

Suami boleh teman isteri bersalin mula 4 Oktober

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat yang lengkap menerima dos vaksin COVID-19 untuk menemani ibu hamil semasa bersalin berkuat kuasa 4 Oktober ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya tempoh lengkap vaksinasi bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca adalah 14 hari selepas dos kedua manakala 28 hari ditetapkan selepas menerima vaksin jenis satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.

Selain itu, suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam, selain keputusan ujian tersebut perlu dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di wad bersalin.

“Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata mereka juga boleh membeli kit ujian kendiri yang mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan bertugas.

Mereka yang menemani ibu hamil turut diingatkan untuk sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan golongan berkenaan adalah berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.

“KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 Sept 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif itu telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Okt ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital menjalankan persediaan yang diperlukan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan