Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tourism Malaysia Medan terima anugerah pelancongan Danau Toba 2021

ByBernama

KUALA LUMPUR, 01 Okt — Tourism Malaysia menerusi pejabat seberang lautnya di Medan, Indonesia diumumkan sebagai pemenang Kategori Pejabat Pelancongan Asing Utama dalam Anugerah Pelancongan Danau Toba 2021, yang kali pertama dianjurkan.

Agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan hari ini berkata anugerah itu adalah hasil peranan aktif Tourism Malaysia Medan dalam mempromosi dan melibat urus media, pemain industri dan kerajaan di Indonesia, terutamanya di Pulau Sumatera, biarpun berhadapan dengan pandemik COVID-19.  

Menurut kenyataan itu, proses penghakiman menggabungkan undian dalam talian selain penilaian oleh Lembaga Penasihat  “Indonesian Travel and Tourism Awards (ITTA)” dan Binus Business School. 

Tourism Malaysia Medan menerima 631 undi mengatasi Lembaga Pelancongan Singapura (61 undi) dan Incredible India – Kementerian Pelancongan India (23 undi).

Dianjurkan Yayasan ITTA, anugerah itu disampaikan oleh Presidennya Panca R Sarungu kepada Pengarah Tourism Malaysia Medan Hishamuddin Mustafa pada satu majlis di Hotel JW Marriot Medan, pada 23 Sept lepas.

Sejumlah 32 anugerah yang disampaikan ITTA di bawah pelbagai kategori sebagai satu bentuk penghargaan kepada industri pelancongan di Sumatera Utara termasuk syarikat penerbangan, hotel, resort, villa dan agansi pelancongan.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan