Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Datuk Seri Nancy Shukri sambut baik usaha naik taraf akses komunikasi luar bandar

ByKhairil Zharif Affindie

KUALA LUMPUR, 30 Sept : Ahli parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut baik usaha untuk menaiktaraf akses internet di Sarawak. 

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata ramai yang di Semenanjung tidak faham akan geografi Sarawak yang begitu luas sehingga akses internet di luar bandar turut terjejas.  

“Saya amat gembira dengan jawapan daripada (Menteri Komunikasi dan Multimedia) Tan Sri Annuar Musa disebabkan kawasan saya sendiri memang terjejas dari segi internet sebab sesi pembelajaran sekolah dan transaksi lain juga perlukan pautan Internet.

“Sebab itu saya berharap ia dibina secepat yang mungkin kerana sebelum ini saya susah memanggil pegawai-pegawai dari Kementerian Komunikasi untuk pergi ke kawasan saya dan melihat sendiri bagaimana keadaan kita di luar bandar.

“Yang penting adalah mereka di luar bandar mendapat manfaat daripada kemudahan internet ini,” katanya kepada pihak TVS. 

Justeru, cadangan menteri yang bertanggungjawab untuk menaikkan taraf internet ke 4G dengan secepat mungkin adalah amat munasabah bagi membolehkan penduduk di kawasan luar bandar Sarawak memanfaati kemudahan ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan