Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy Shukri
Nancy Shukri

Aktiviti gelembung pelancongan hanya di Langkawi buat masa kini

ByKhairil Zharif Affindie

KUALA LUMPUR, 30 Sept : Kebenaran rentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanya dibenarkan melalui gelembung pelancong Langkawi buat masa kini, tegas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau mula-mula mencadangkan supaya destinasi-destinasi tertentu di buka 1 Oktober, tapi itu hanya cadangan dan perlu membawa ke sidang mesyuarat COVID-19 ini yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Apabila perkara ini di bentangkan di sidang tersebut ramai daripada negeri-negeri lain meminta supaya gekembung ini buka di negeri mereka,” katanya ketika dihubungi TVS. 

Sehubungan itu Nancy berkata Perdana Menteri dilaporkan berkata semua destinasi pelancongan negeri itu hanya akan dibuka setelah diumukan kebenaran rentas negeri.

“Dengan kebebasan rentas negeri tidak akan ada lagi gelembung pelancongan,” tambah Nancy.

Hal ini kerana negara kita sudah mencapai vaksinasi lengkap dua dos 90 peratus menjelang Oktober ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan