Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 28 April -- Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media khas di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, April 28 -- Senior Education Minister Datuk Dr Radzi Jidin during a special press conference at the Tan Sri Abdul Rafie Auditorium, Kuala Lumpur Federal Territory Education Department today. The Primary School Achievement Test (UPSR) will be fully abolished from this year while the Form Three Assessment (PT3) will be cancelled for this year. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Sekolah memerlukan pemimpin berdaya tahan – Radzi

KUALA LUMPUR, 29 September — Sekolah memerlukan pemimpin berdaya tahan yang boleh bersikap fleksibel, adaptif dan inovatif dalam menghadapi cabaran untuk memastikan para pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Oleh itu katanya, satu daripada cabaran yang menguji kecekalan pemimpin berdaya tahan semasa pandemik COVID-19 ialah pelaksanaan pembelajaran jarak jauh yang meluas dan mereka perlu memastikan guru-guru mendapat latihan dalam strategi pembelajaran dalam talian.

Satu lagi cabaran ialah untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan, katanya ketika melancarkan Persidangan Antarabangsa kedua mengenai Kepemimpinan dan Pengurusan Pendidikan 2021 (2nd ICELAM 2021) secara maya, hari ini.

“Kesediaan beberapa pelajar untuk bertanya soalan dianggap terhalang menerusi pembelajaran dalam talian, dan mereka yang tidak dapat mengikuti tahap perbincangan berisiko merasa tersisih dan hilang keyakinan.

“Di sinilah pemimpin yang berdaya tahan dapat membantu dan mencari jalan untuk mendapatkan maklum balas pelajar mengenai pengalaman pembelajaran mereka dan menyesuaikan penyampaian menerusi kaedah fizikal dan dalam talian,” katanya.

Sepanjang pandemik, Radzi berkata pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan kaedah pengajaran dan membantu kaedah baharu untuk pemindahan pengetahuan.

Beliau berkata guru perlu mengambil inisiatif dalam menyiapkan platform dalam talian dan menaik taraf peranti untuk penyiaran yang lancar, namun, kemampuan untuk membuat keputusan segera dalam operasi sekolah harian akan menjadi sama penting selari dengan pemulihan krisis dan dalam kebiasaan baharu.

 Radzi berkata semasa krisis, perubahan signifikan dalam masyarakat, organisasi dan individu telah membawa ketidaktentuan yang cukup besar ke dalam sistem konvensional yang perlu ditangani pemimpin berdaya tahan.

Beliau berkata pemimpin berdaya tahan akan mengambil peluang itu untuk berkembang dan menyesuaikan diri ketika negara memasuki fasa pemulihan serta memotivasikan pasukan mereka untuk bertahan dalam menghadapi kesukaran.

“Kepimpinan yang hebat memerlukan lebih banyak pengikut yang dipupuk oleh kepercayaan kerana ia menghasilkan kesan ketara dari segi pertumbuhan ekonomi dan nilai pemegang saham, meningkatkan kreativiti, kestabilan komuniti lebih kuat dan manfaat kesihatan yang lebih baik.

“Sifat berdaya tahan mempunyai peranan utama untuk dimainkan di sini, sekolah perlu yakin dalam struktur dan operasinya bagi membolehkan ia terus cekap untuk mengubah sekatan dasar dalam masa singkat sambil mengawasi kejayaan jangka panjang para pelajar,” katanya.

Radzi berkata adalah penting untuk semua guru dan pelajar menghargai pentingnya peranan mereka dan memupuk pemikiran seorang peneroka yang berdaya tahan dalam usaha mereka mencari pengetahuan.

Sementara itu, beliau berkata dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada semua peringkat dalam sektor pendidikan, kementerian memuji usaha guru-guru dan pentadbir yang bersikap fleksibel dan kreatif ketika mengajar secara dalam dan luar talian.

Radzi berkata kerajaan dan pihak berkepentingan pendidikan juga perlu kekal bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat terus belajar dan berkembang.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan