SIBU, 28 Sept: Pusat Pembelajaran Sibu Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menghulurkan sumbangan derma kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu.
Sumbangan berbentuk barang makanan itu disampaikan pengarah pusat Joshua Mariyam Duum untuk diberikan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Sibu.
OUM Sibu mengambil inisiatif mengumpul bakul makanan ini sebagai warga korporat yang bertanggungjawab selain pada masa sama memberi peluang buat para pelajar, tutor dan juga staf untuk bersama-sama membantu golongan masyarakat yang memerlukan dan terkesan akibat COVID-19.