Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kuching tuan rumah sambutan hari kelahiran Tuan Yang Terutama

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Sept: Kuching sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan hari kelahiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang ke-85 bermula dari 8 hingga 10 Oktober ini.

Menteri Utiliti yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan tersebut, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sama seperti pada tahun lepas, tiada majlis perarakan dan perbarisan diadakan ekoran pandemik COVID-19 yang masih melanda Sarawak.

“Kita akan mengadakan majlis kesyukuran pada sebelah petang 8 Oktober di Masjid Jamek, dan sudah pasti akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memastikan kehadiran tetamu mengikut kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.

Acara utama pada 9 Oktober adalah Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat dan Pangkat Negeri kepada para penerima.

Pada 10 Oktober pula, Tun Taib akan menghadiri majlis jamuan teh di Dewan Undangan Negeri bersama anak-anak istimewa.

“Kita sebagai rakyat Sarawak sangat berbesar hati kerana bakti TYT terhadap Sarawak bukan sahaja sebagai TYT, tetapi beliau juga banyak berjasa kepada Sarawak sebagai Ketua Menteri.

“Kita boleh melihat bagaimana Sarawak berkembang dan mencapai apa yang ada sekarang.

“Kita menikmati apa yang diusahakan oleh beliau dan inilah cara serta masanya kita menghargai jasa beliau,” kata Stephen. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan