Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kakitangan awam maut dalam kemalangan kendiri

ByNur Suhaida Muliyono

SARIKEI, 28 Sept: Seorang penjawat awam maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas ke rumput di pinggir jalan.

Kejadian berlaku awal pagi Isnin di Skim B, Jalan Hua Ee, Sarikei.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang, berkata ketika kejadian, mangsa yang berusia 34 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah rakannya.

Mangsa mengalami kecederaan dan sempat dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan