KUCHING, 28 Sept: Dua wanita antara lima individu yang ditahan polis selepas mereka disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian.
Tangkapan tersebut dibuat dalam serbuan berasingan di bawah Op Dadu di empat lokasi berbeza pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan, berkata antara lokasi serbuan adalah pusat komersial Emart Batu Kawa, kedai makan dan rumah di Jalan Belatok serta premis kedai makan di Jalan Taman Sri Muhibbah.
“Keseluruhan rampasan wang tunai dianggarkan bernilai RM1,024.
“Selain itu, lima unit telefon bimbit serta beberapa keping kertas bertulis ID dan kata laluan juga dirampas,” jelas Aidil dalam satu kenyataan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – TVS