Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penerbangan masuk ke Sarawak ditambah bermula 1 Oktober

MIRI, 28 Sept: Penerbangan masuk ke Sarawak akan ditambah kepada 87 penerbangan bermula 1 Oktober ini.

Sebelum ini, jumlah penerbangan hanya sebanyak 22 sahaja.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau menjelaskan bahawa perkara itu telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu mesyuarat pada 24 September lalu.

Penerbangan tersebut adalah dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu, Labuan dan Singapura, ke pelbagai destinasi di Sarawak.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti pembukaan sektor pelancongan negeri secara perlahan-lahan, tambang penerbangan tinggi, dan permintaan orang ramai.

Walaupun demikian, Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlu dipatuhi, umpamanya penumpang mesti lengkap divaksin serta pengecualian kuarantin.

“Ini juga bagi memastikan pelaksanaan jadual penerbangan baharu ini berjalan lancar, dan dengan pembukaan penerbangan ke Sarawak secara beransur-ansur, kita menjangkakan jumlah penumpang serta pergerakan rakyat dalam negeri akan meningkat mulai 1 oktober 2021,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, satu mesyuarat telah diadakan di antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan beberapa pihak berkenaan, seperti syarikat penerbangan, pihak berkuasa penerbangan dan pejabat residen daerah, untuk berbincang mengenai perincian jadual penerbangan baharu. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan