KUCHING, 28 Sept: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia, Yonny Tri Praitno.
Semasa kunjungan, Yonny menyampaikan ucapan terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak kepada Indonesia, khususnya bantuan terhadap Kalimantan Barat dan Kalimantan Utara ketika pandemik COVID-19.
Yonny yang mula menjawat jawatan sebagai Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching sejak 10 Ogos 2018 akan menamatkan tugas rasmi beliau pada 30 September 2021.