Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Douglas Uggah Embas , UNIMAS
Douglas Uggah Embas , UNIMAS

Peruntukan pelaksanaan jendela di Sarawak tiba tepat pada masanya – UNIMAS

KUCHING, 28 September — Peruntukan RM4.09 bilion untuk Sarawak melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) merupakan rangsangan yang tiba tepat pada masanya bagi menaik taraf infrastruktur pendidikan selain menyokong inisiatif ekonomi digital negeri ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata peruntukan tersebut akan membantu memperhebat pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak. 

“Sarawak perlu melatih lebih ramai modal insan yang berkemahiran teknikal dalam usahanya menghadapi Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan mencapai visinya menjadi negeri maju, justeru peruntukan tersebut boleh digunakan untuk menaik taraf infrastruktur teknologi, digital dan telekomunikasi di negeri ini,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Menurutnya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika pandemik COVID-19 tidak dapat dijayakan 100 peratus berikutan capaian internet yang lemah terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Peruntukan itu akan membolehkan lebih banyak menara dan infrastruktur telekomunikasi dibina terutama di kawasan luar bandar bagi meningkatkan kelajuan Internet, sekali gus membolehkan guru dan pelajar meneruskan pembelajaran secara dalam talian,” katanya.

Prof Mohd Fadzil berkata memasukkan cadangan pembinaan Hospital UNIMAS di Kota Samarahan bernilai RM560 juta adalah langkah strategi yang baik bagi meningkatkan tahap penjagaan kesihatan di Sarawak di bawah RMK12 memandangkan projek tersebut dijangka siap pada 2025, sambil menambah hospital berkenaan mengandungi dua unit –  unit penjagaan harian dan hospital pengajar.

Beliau menambah fokus hospital berkenaan adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutama di Samarahan yang padat penduduk dan kawasan sekitarnya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan