MIRI, 28 Sept : Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya mengalami cedera parah selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Raya 2, Miri
Pasukan Bomba dan Penyelamat Miri Sentral bergegas ke lokasi pada jam 11.56 malam Selasa.
Tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati sebuah motosikal terlibat dalam kemalangan kendiri yang dinaiki oleh pasangan berkenaan.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan pasukan kecemaaan bertugas telah membuat ‘primary survey’ ke atas mangsa serta memberi rawatan awal untuk menstabilkan mangsa.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital Miri untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa dikenali sebagai Jessy Benny Ak Rossy dan Maccelina Men.
Punca kejadian masih dalam siasatan. – TVS