Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bayi maut jatuh ke dalam lubang tandas sebaik dilahirkan – Bomba Selangor

SHAH ALAM, 27 September — Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi. 

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata ketika kejadian kira-kira 4.03 petang itu, seorang wanita yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan melahirkan bayinya secara tidak sengaja di dalam tandas ketika hendak membuang air besar.

“Bayi yang dilahirkan telah terjatuh ke dalam (lubang) mangkuk tandas dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa 10 minit setelah memecahkan tandas tersebut,” katanya.

Beliau berkata bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan ibunya yang berumur 37 tahun berada dalam keadaan stabil serta telah dihantar ke Hospital Tanjung Karang menggunakan ambulans. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan