Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 27 Sept-- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan buku 'Rancangan Malaysia Kedua Belas' (RMK12) selepas membentangkan RMK12 di Bangunan Parlimen hari ini. RMK12 bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19. Berobjektifkan ‘Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK12 bukan hanya untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya membolehkan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik dengan pengagihan peluang dan hasil lebih saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

RMK: Kerajaan bakal bina Institut Penyakit Berjangkit Malaysia tahun depan

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Kerajaan Persekutuan bakal membina sebuah Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun hadapan.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembinaan itu dibina menerusi Rancangan Malaysia Ke012 (RMK 12), yang bertujuan untuk mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian akibat penyakit berjangkit.


“Kerajaan juga akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, dan dasar kesihatan negara akan dirangka bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan,”katanya.


Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan amat komited dalam memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan demi rakyat sekali gus mengenal pasti langkah proaktif bagi meningkatkan kesiapsiagaan hospital untuk mencapai nisbah 2.06 katil hospital bagi setiap seribu penduduk menjelang 2025.


Katanya lagi, beberapa fasiliti kesihatan akan dibina di seluruh negara dalam tempoh RMK12 sebagai tambahan.


“Kelengkapan dan peralatan kesihatan, termasuk keperluan unit rawatan rapi (ICU) akan ditambah dan dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan fasiliti kesihatan bandar dan luar bandar, kerajaan akan membina dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh negara,”tambahnya.


Dalam pada itu, Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara sedang dimuktamadkan bagi memastikan negara ini mampu menghasilkan vaksin sendiri disamping persediaan menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan