Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI ESOK - PM ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba di Bangunan Parlimen bagi membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak dan Sabah destinasi pelaburan pilihan di Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (BIMP-EAGA)

ByKhairil Zharif Affindie

KUALA LUMPUR, 27 Sept : Usaha bersepadu akan dilaksanakan bagi menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai destinasi pelaburan pilihan di kawasan Kawasan Pembangunan ASEAN TIMUR (BIMP-EAGA).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini bagi memanfaatkan kelebihan berbanding yang terdapat di kedua-dua negeri.

“Langkah akan diambil untuk memperkukuhkan strategi pembangun wilayah bagi memastikan impak pembangunan yang lebih besar,” katanya sewaktu membentangkan usul mengenai RMK-12 di Dewan Rakyat.

Kedudukan Sarawak dan Sabah yang terletak di lokasi yang strategik, berhampiran dengan kebanyakan negara ASEAN serta China dan Jepun mewujudkan peluang ekonomi dan perdagangan yang besar kepada kedua-dua negeri ini.

Dalam pada itu Ismail juga memaklumkan bahawa usaha melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun, terutama Sarawak dan Sabah akan dipergiatkan.

Ia termasuk pembangunan luar bandar di Sarawak dan Sabah akan dipercepat untuk merapatkan jurang diantara kawasan luar bandar dan bandar dengan langkah termasuk memperkukuh pemboleh daya pertumbuhan, mencergaskan semula aktiviti ekonomi luar bandar dan menyediakan akses kepada perniagaan dalam talian.

Menurutnya lagi dengan pelaksanaan strategi dan inisiatif untuk melonjakkan pembangunan Sarawak dan Sabah, usaha dan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dijangka menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan purata tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masing-masing sebanyak 5.3 peratus dan 6.5 peratus dalam tempoh 2021 hingga 2025.

“Pada masa sama usaha akan dilaksana untuk menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

“Kejayaan langkah ini akan mengurangkan jurang sosioekonomi antara wilayah di Malaysia,” katanya lagi.

RMK12 juga akan melihat bagi memperkukuhkan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan ekosistem yang kondusif untuk mempastikan pertumbuhan progresif dan mampan.

“Usaha ini akan dilakukan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan memperkukuhkan aktiviti berasaskan sumber, memudahkan cara perniagaan dan merancakkan pasaran PMKS bagi meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi,” katanya.

Sementara itu, pertumbuhan hijau juga akan diberi penekanan untuk harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan