Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab soalan ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Beliau berkata kerajaan membuka sektor ekonomi memandangkan langkah 'mengurung' rakyat dilihat tidak lagi sesuai malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Isu MA63 terus jadi antara fokus utama matlamat RMK12

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 27 Sept : Kerajaan Persekutuan terus komited untuk menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, ini termasuklah keperluan infrastruktur asas, kawal selia gas dan elektrik, aspek pendigitalan dan keselamatan.

“Oleh itu, pembangunan negeri Sabah dan Sarawak akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-12.

“Penyediaan infrastruktur asas akan diperluas dengan membina jambatan dan menaik taraf 1,400 km jalan berturap luar bandar serta menyiapkan pembinaan 1,150 km Lebuhraya Pan Borneo,” katanya sewaktu membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Tambahnya lagi, usaha melonjakkan pertumbuhan negeri kurang membangun, terutama Sabah dan Sarawak akan dipergiat.

Ia bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan KDNK yang perlahan di negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu serta mengurangkan kadar kemiskinan, terutama di Sabah, Kelantan dan Sarawak.

Beliau turut menjanjikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan Pembangunan Asas Persekutuan akan diagihkan kepada negeri-negeri tersebut.

“Peruntukan ini ditumpukan kepada penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi.

“Saya sendiri akan memantau pelaksanaannya secara dekat,” ujarnya.

Tags: #bm, MA63

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan