Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bungkusan ‘Papaya Milk’ membawa ke tirai besi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 27 Sept: Taktik menyembunyikan dadah dalam bungkusan serbuk minuman pra-campur akhirnya terbongkar apabila pihak polis berjaya menghidu tindak-tanduk dua lelaki yang mencurigakan.

Dua suspek berusia 25 dan 28 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9:15 malam di kawasan letak kereta berhadapan sebuah apartment di Jalan Stapok, Kuching.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata pihak polis telah merampas satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi lima paket bungkusan bertulis ‘Papaya Milk’.

“Bungkusan tersebut berisi campuran serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 225.35 gram yang dianggarkan bernilai RM3,250.

“Selain itu, wang tunai berjumlah RM2,100, sebentuk cincin emas, dua utas gelang tangan emas, dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi yang keseluruhannya bernilai RM66,131.80 turut disita,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang lagi suspek yang merupakan pembeli, didapati negatif.

Menerima bayaran RM20 bagi setiap paket yang dijual, suspek pertama mengaku bekerja sebagai ‘runner’, namun tidak mengutip sebarang bayaran daripada pelanggan.

“Kedua-dua suspek telah ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Lokasi ‘tauke’ sindiket itu juga sedang dikesan pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan