Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak United FC buka langkah kanan Piala Malaysia, benam pasukan pilihan

KUALA LUMPUR, 26 Sept : Sarawak United FC memulakan kempen Piala Malaysia 2021 dengan penuh bergaya apabila menumpaskan Pulau Pinang FC 3-1 dalam kumpulan A di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Ngap Sayot yang bertandang ke Pulau Mutiara dengan status sebagai Naib Juara Liga Premier musim ini membuktikan mereka mampu bersaing dengan tuan rumah yang menduduki tempat ketiga Liga Super musim ini apabila terlebih dahulu membolosi kubu lawan menerusi jaringan Uche Agba pada minit ke-47.

Sarawak United FC terus memberi tekanan apabila berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-54 menerusi Khair Jones.

Begitupun, Pulau Pinang FC cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan Al Hafiz pada minit ke-56 untuk menjadikan kedudukan 1-2.

Semangat melawan yang ditunjukkan Sarawak United FC terus membara apabila Agba sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-58 dan keputusan berkenaan kekal hingga wisel penamat.

Ketua Jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan berkata, kunci kejayaan pasukannya pada malam ini adalah kerana barisan pemainnya menggunakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

” Kita belajar sesuatu dalam perlawanan malam ini kerana mereka (Pulau Pinang FC) nampak tenang ketika perlawanan dan bagi Sarawak, kita telah memanfaatkan peluang,” katanya.

Perlawanan lain kumpulan A menyaksikan KL City menewaskan Sri Pahang FC dengan keputusan 3 -1.

Aksi kumpulan B pula menyaksikan Terengganu FC menewaskan Kuching City FC 2-0 manakala Selangor mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan