Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tambahan ventilator, ambulans untuk Sarawak dalam masa terdekat

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Sept : Kementerian Kesihatan (KKM) akan membekalkan lebih banyak unit ventilator dan 30 ambulans ke Sarawak sebagai persediaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes-kes COVID-19 dalam kategori kritikal.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan menghantar sejumlah 118 unit ventilator dan 1,008 silinder oksigen ke Sarawak, yang dijangka tiba pada Selasa ini.

“KKM juga akan menambah modular Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan penambahan sebanyak 20 katil. Ketika ini 10 katil sedang disiapkan di Hospital Sibu dan kita serah kepada kerajaan negeri untuk tetapkan di mana mereka mahu menempatkan penambahan katil baharu itu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas Imunisasi dan pengurusan pandemik bersama wakil kerajaan negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu Khairy berkata di Sarawak, KKM berpendapat bahawa keputusan positif daripada kit ujian RTK Antigen, sama ada dibuat di makmal ataupun secara kendiri, adalah cukup untuk mereka yang dikesan positif diasingkan serta diberikan Perintah Pemantauan di Rumah.

Pada masa sama beliau memberitahu Sarawak akan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta sebagai tujuan merawat pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta.

Peruntukan berkenaan telah diluluskan pihaknya serta merta  kepada kerajaan Sarawak.

Jelasnya, jumlah itu adalah tambahan kepada peruntukan RM5 juta dimana RM4.6 juta daripadanya telah dibelanjakan.

“Ini adalah untuk prosedur seperti pembedahan yang terpaksa ditangguhkan dan sekarang kita (KKM) mahu menghantar ke hospital swasta,” ujarnya lagi.

“Ini sangat penting untuk kita maklum kepada rakyat terutamanya di Sarawak, apabila ada apa-apa gejala, secepat mungkin laksanakan ujian RTK Antigen dan jika positif, asingkan diri di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC),” katanya.

KKM juga katanya telah bersetuju untuk mendirikan Hospital Medan di Sibu selepas menerima permohonan daripada kerajaan negeri ini.

“Secara prinsipnya KKM telah bersetuju dan akan berbincang dengan Angkatan Tentera Malaysia mengenainya.

“Antara lain, 64 pegawai perubatan tambahan akan diatur gerak pada minggu depan untuk dihantar ke Sarawak bagi membantu pengurusan kes COVID-19,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan