Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peranan rakyat dituntut menuju ke fasa endemik

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Peranan masyarakat sangat dituntut tatkala negara akan beralih ke perubahan fasa endemik dengan memastikan kesihatan masing-masing kekal terjaga daripada penularan jangkitan COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas percaya usahasama diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dilihat mampu untuk menangani permasalahan wabak tersebut.

“Rakyat sendiri perlu memainkan peranan masing-masing untuk menentukan kesihatan sentiasa sihat, keluarga juga berada dalam keadaan sihat dan saya ingatkan kalau nak patuh SOP bukan patuh sebab takut kerana denda akan tetapi takutlah kerana kita nak menjaga kesihatan’. Katanya pada sidang media selapas mengadakan Mesyuarat Khas Imunisasi dan Pengurusan Pandemik bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin di Wisma Bapa Malaysia pada Ahad.

Dalam pada itu Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) Sarawak memaklumkan terdapat beberapa perkara dan isu yang telah diselesaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung keperluan kesihatan di negeri ini.

Justeru beliau optimis keprihatinan KKM merupakan satu usaha yang baik dalam usaha memerangi penularan jangkitan COVID-19 lebih-lebih lagi di negeri ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan