Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan, namun akhirnya ‘terjebak’ sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian.

Polis kesan penipuan kutipan derma untuk lindungi haiwan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Sept : Polis Daerah Petaling Jaya menerima lima laporan daripada beberapa individu yang terpedaya kerana memberi sumbangan kepada organisasi yang menyamar sebagai pelindung dan pemelihara haiwan.

Ketua Polisnya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada 22 September lepas, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang kerugian RM15 000 selepas membuat bayaran kepada dua akaun bank berbeza atas nama Erlang’s Dog dan St Pets Journal.

Ujarnya, pada 25 September pula, pihaknya menerima satu lagi laporan selepas pengadu membaca artikel di Facebook mengenai organisasi yang menyamar kononnya memberi pelindungan kepada haiwan dan meminta sumbangan daripada orang ramai.

” Berdasarkan artikel berkenaan, organisasi yang dimaksudkan ialah A Pets Journal, Erlang’s Dog , Quan Shelter dan Shui Fen Dogs,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu polis menyeru orang ramai yang telah menderma kepada organisasi berkenaan untuk membuat laporan dan membantu siasatan.

” Pada masa sama, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebagai hantaran yang meminta sumbangan di media sosial dan masyarakat dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pihaknya kini membuka kertas siasatan mengikut Sekysen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan