MIRI: Ilmu falak dalam kefahaman masyarakat awam hanya dilihat berkaitan dengan detik melihat anak bulan untuk mengesahkan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal.
Bagaimanapun, peranan ilmu falak sebenarnya begitu luas kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dengan adanya penubuhan Pusat Falak di Miri, ia diharap akan melahirkan lebih ramai pakar-pakar ahli falak dalam kalangan anak Sarawak.
“Ini kerana kepakaran dalam ilmu itu, menjadikan manusia lebih bersedia dalam segenap hal kerana ilmu falak membicarakan dua perkara penting untuk diteliti, iaitu masa dan tempat.” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Falak Miri, di sini, pada Jumaat.
Katanya lagi keperluan ilmu falak ini juga akan dikembangkan lagi memandangkan keperluan teknologi masa depan juga merujuk kepada kepentingan ilmu falak.
Berita menyeluruh akan menyusul..