Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sekatan jalanraya “kantoi”kan penagih dadah

ByKhairil Zharif Affindie

SERIAN, 24 Sept : Sebuah sekatan jalanraya di Stesen Timbang JPJ, Jalan Kuching-Serian telah membawa kepada penahanan empat orang lelaki tempatan selepas didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Serian Eva Lichok berkata kesemua yang ditahan adalah mereka yang tinggal di bahagian Serian.

“Daripada jumlah tersebut semuanya warganega Malaysia dan mereka ini daripada kampung yang berdekatan iaitu di bahagian Serian,” katanya pada Sidang Media OPS GERAK hari ini.

Mereka dibenarkan dijamin oleh keluarga mereka sementara menunggu keputusan penuh ujian air kencing yang akan dihantar ke Patologi.

“Sekiranya Patologi mengeluarkan keputusan kempat-empat mereka positif dadah maka kita akan lanjutkan kes untuk tindakan mahkamah,” katanya lagi.

Seramai 13 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terlibat dalam Operasi Pemeriksaan Bersepadu Kenderaan Bermoto (OPS GERAK) sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat negeri Sarawak dan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam negeri Sarawak tahun 2021 yang anjuran abatan Alam Sekitar Sarawak (JAS).

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan