Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas kapten All Blacks kemudi skuad kebangsaan

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pasukan ragbi New Zealand, Rodney So’oialo dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menghadapi cabaran negara pada Kejohanan Asia 2021 di Hong Kong, awal tahun depan.

Rodney So’oialo

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Amir Amri Mohamad berkata pemilihan Rodney itu berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang kejurulatihan ketika bersama beberapa kelab ternama antarabangsa seperti Honda Heat, Japan (2011-2012), Wellington Lions (2016-2017), Kelab Ragbi Verona, Itali (2018-2019) dan Tawa Rugby (2020).

“Rodney akan melatih skuad kebangsaan bagi tempoh singkat bermula 1 Nov ini sehingga Kejohanan Asia 2021 berakhir dan diharapkan pelantikannya dapat mencapai objektif membentuk pasukan terbaik dalam saingan di Hong Kong nanti,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pelantikan Rodney bermakna jurulatih berusia 42 tahun itu akan mengambil alih tugas ditinggalkan Bradley Moni Mika juga dari New Zealand, selepas kali terakhir melatih skuad negara pada 2019.

Amir Amri yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata Rodney, yang ketika ini berada di Sri Lanka, dijangka tiba di Malaysia pada 31 Okt dan akan memulakan tugas pertamanya pada fasa kedua sesi latihan skuad kebangsaan 22 Nov ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan