Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Hanya 15 kes libatkan jangkitan paru-paru di Sarawak

KUCHING, 23 Sept — Hanya 15 daripada 1,766 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru serta memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan baki 1,751 kes tidak bergelaja dan bergejala ringan, justeru menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 190,609.

Selain itu, sebanyak 15 kes kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan, iaitu 13 kes dicatatkan antara 17 hingga 21 Sept manakala dua kes lagi direkodkan pada 22 Sept (semalam), sekali gus menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 725 orang.

Menurut JPBN empat kluster telah ditamatkan iaitu Kluster Kampung Bunuk dan Kluster Kampung Bako di Kuching, Kluster Jalan Buan di Tatau serta Kluster Jalan Hospital di Sri Aman, menjadikan jumlah kluster masih aktif di negeri ini sebanyak 131.

— BERNAMA

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan