Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ingkar SOP, 11 individu dikompaun

ByFebbright James

KUCHING: Seramai 10 individu dan seorang pemilik premis telah dikompaun atas beberapa kesalahan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di Kuching.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah , 10 individu tersebut telah dikompaun RM1500 setiap seorang manakala pemilik premis berkenaan dikompaun RM10,000.

“Pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati kesemua individu tersebut merupakan warga tempatan yang berumur 35 hingga 53 tahun dan dikompaun atas kesalahan gagal mematuhi SOP iaitu tiada penjarakan fizikal.

“Operasi yang diketuai oleh ASP Will Jihem tersebut dijalankan di sebuah premis makanan di sebuah pusat beli belah di Jalan Song pada Rabu,” ujarnya.

Kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 17 (1) dan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.

Dalam ada itu, Ahsmon mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP bagi membendung penularan wabak COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan