Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih setengah juta remaja terima vaksin dos pertama

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Sept : Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja sehingga semalam telah berjaya memberi suntikan dos pertama vaksin kepada lebih setengah juta penerima di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka tertinggi dicatatkan di Sabah apabila sebanyak 56 peratus yang mendaftar telah menerima suntikan dos pelalian berkenaan.

” Golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang telah mendaftar di sekolah mereka untuk divaskin telah menerima suntikan pertama menerusi PICK Remaja yang telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pagi ini.

Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk memvaksin golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun dengan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech .

Kementerian Kesihatan (KKM) juga mensasarkan tiga juta remaja di seluruh negara menerima vaksin sebelum pembukaan sekolah bagi sesi 2022.

Sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Intergrasi dibuka untuk menyediakan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ kepada remaja di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan