Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bomba terbangkan Pfizer-BioNTech ke Miri dan Sibu

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 22 Sept: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berpangkalan di Miri, menjalankan khidmat khas menerbangkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Vaksin itu dibawa dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah ke Pusat Farmasi Bahagian Miri dan Pusat Farmasi Bahagian Sibu, Sarawak.

Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata operasi berkenaan bertujuan membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui surat permohonan bertarikh 21 September.

“Operasi itu dijalankan dengan menggunakan pesawat jenis Mi171 M994-04 yang diterbangkan Kapten Mohd Ruzaidi Ramlee dan dibantu Kapten Ahmad Fissol Ismail.

“Turut bersama dalam penerbangan itu adalah seorang jurutera penerbangan, tiga pegawai Air Quartermaster dan seorang Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Vaksin tersebut akan digunakan bagi vaksinasi golongan berusia 12 hingga 15 tahun di Miri dan Sibu yang dijangkakan akan bermula dalam masa terdekat.

Tambah Khirudin, jumlah berat keseluruhan muatan barangan tersebut ialah 2,274 kilogram. -TVS

Tags: #bm, #vaksin

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan