Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak United naib juara Liga Perdana, Kuching City layak ke Piala Malaysia

ByLuqman Muhammad

JOHOR: Sarawak United FC sekadar berpuas hati menamatkan saingan Liga Perdana musim ini selaku naib juara selepas terikat 1-1 ketika menentang Johor Darul Ta’Zim II (JDT II) pada aksi terakhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos , Larkin disini, pada Selasa.

MFL

Keputusan itu menyaksikan sasaran Jurulatih E.Elavarasan tercapai setelah hasrat untuk melayakan pasukannya ke saingan tertinggi Liga Malaysia, Liga Super dapat dikecapi sekaligus menempah slot ke kejohanan Piala Malaysia.

Pada pertembungan itu, anak didik Elavarasan yang mendambakan kemenangan menguasai perlawanan sebaik dimulakan menerusi gerakan menarik untuk mencipta jaringan seawal minit keempat selepas Uche Agba bijak memperdaya benteng pasukan tuan rumah dan merembat bola leret menewaskan penjaga gol, T Shaheeswaran.

MFL

Tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-84 selepas Stuart Wilkin menyudahkan bola hantaran Firdaus Ramil untuk menewaskan Shaiful Wazizi dan kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Mengenai kejohanan piala malaysia, Sarawak United FC telah diundi masuk dalam kumpulan A bersama pasukan Penang FC, Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC.

Sementara itu Kuching City FC juga turut melakar kejayaan apabila berjaya menempah slot ke kejohanan Piala Malaysia.

Kuching City FC menewaskan Perak FC II 2-0 hasil jaringan Irwan Syazmin Wahab pada minit ke-64 dan Aylton Ananias (minit ke-81).

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim beraksi dalam Kumpulan B dalam saingan piala berprestij bersama Terengganu FC (TFC), Selangor FC dan Perak FC yang dianggap kumpulan maut.

Kuching City FC

Kuching City FC telah diundi dalam kumpulan C dengan menerima tentangan hebat membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC dan juara liga perdana musim ini, Negeri Sembilan FC.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan