Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perang COVID-19 memerlukan komitmen tinggi

BINTANGOR, 21 Sept: Peperangan menentang wabak COVID-19 memerlukan komitmen tinggi lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin di peringkat akar umbi, tegas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Abdullah Saidol.

Katanya, pemimpin seperti ketua masyarakat dan tuai rumah perlu terus mengingatkan masyarakat untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Walaupun semua sudah divaksin, bukan bermakna SOP asas seperti penggunaan pelitup separuh muka serta amalan mencuci tangan boleh diambil ringan,” katanya pada Taklimat Kepolisan Komuniti Daerah Meradong pada Selasa.

Katanya lagi, meskipun terdapat beberapa kelonggaran diumum kerajaan, namun ia bukan bermakna seluruh masyarakat sudah bebas dalam menjalankan aktiviti harian.

Tambahnya, masyarakat perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 tidak akan dapat dihapuskan sepenuhnya.

“Jangkitannya boleh dielakkan dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan