Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Getaran Jiwa bakal temui penonton TVS 15 Oktober ini

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 20 Sept : Sebuah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan bakat-bakat menerusi lagu klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma yang dikenali sebagai Getaran Jiwa akan bermula 15 Oktober ini.

Tarikh penyertaannya telahpun ditutup semalam (19 Sept) yang memperlihatkan lebih 600 orang peserta telah menghantar video ujibakat mereka.


Program baharu terbitan TVS akan membawa para penonton mengimbau kembali zaman nostalgia kedua-dua lagenda yang tidak asing lagi seniman dan seiwati agung ini.


Pada masa sama, Getaran Jiwa bertujuan memperluaskan hasil seni dan karya P. Ramlee agar terus dinikmati sebagai aset dan khazanah negara yang bernilai tinggi .


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Suhaimi Sulaiman, peserta Getaran Jiwa akan memberi kebebasan berinterpretasi tetapi mereka harus menghormati karya Allahyarham Tan Sri P.ramlee dan Puan Sri Saloma.


“Semua peserta akan memberi interpretasi mereka sendiri dan membawa lagu P.Ramlee, tetapi mereka harus menghormati karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

 “Kita tidak boleh ubah sehingga ia bukan menjadi hasil seni, jadi harus dihormati walaubagaimanapun kita bagi kebebasan interpretasi kepada semua peserta yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa hasil karya mestilah terus dihidupkan.

“Sudah ditonton 20 ke 30 kali orang masih meminati kerana Allahyarham P.Ramlee itu adalah seorang karyawan magik, oleh itu hasil hasil karya harus terus dihidupkan,” katanya lagi.


Bagi penerbit Getaran Jiwa Yume Suryani pula, konsep pertandingan ini lain daripada yang lain.

“Konsep pertandingan ini agak berlainan sebab setiap minggu kita akan pilih tujuh orang peserta dan pemenang akan dipilih dua orang setiap minggu dan dua orang setiap minggu ni kita akan bawa ke separuh akhir dan daripada separuh akhir kita tapis lagi dan dibawa ke peringkat akhir,” katanya kepada wartawan TVS.

Tambah Suhaimi, bakat yang akan diketengahkan akan memberi peluang dan membuka ruang kepada semua terutamanya peminat seniman dan seniwati agung tersebut.


“Hadiah dan ganjaran yang menanti sangat lumayan dan yang penting adalah bukan semata-mata hadiah tetapi ini adalah peluang kita untuk menyediakan satu “platform” atau saluran kepada orang ramai yang berbakat untuk menonjolkan bakat,” katanya.

JJangan lepaskan peluang untuk  menyaksikanpertandingan Getaran Jiwa pada 15 Oktober 2021 di Saluran 122 TVS.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan