Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sajat didenda mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen – Bukit Aman

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Sept : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah ditahan di Bangkok,Thailand serta didakwa di mahkamah negara itu kerana melanggar peraturan imigresen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Nursajat telah ditahan pada 8 September lalu dan dihadapkan di mahkamah pada sehari selepas itu di atas pertuduhan memiliki pasport yang tidak sah.

” Berdasarkan maklumat yang diterima, dia juga telah dijatuhkan hukuman denda,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, ketika ini Muhammad Sajjad turut dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seskyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan Seskyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam melakukan tugas.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata, pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk membawa pulang usahawan berkenaan ke negara ini.

Sementara itu, beberapa laporan menyebut, usahawan yang pernah merakamkan lagu itu kini sedang berusaha memohon kad pelarian untuk berpindah ke Australia.

Permohonan itu dibuat selepas dia mendakwa menerima ugutan selain diburu pihak berkuasa agama di negara ini bagi membantu melengkapkan tuduhan kesalahan syariah terhadapnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan