Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kerajaan Sarawak pertimbang program latihan AI untuk guru

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Julai: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mempertimbangkan penganjuran program latihan khas atau seminar berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) khusus untuk para guru di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan sokongan terhadap cadangan berkenaan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol.

“Saya menyokong permintaan anda (guru). Apa yang penting ialah nilai sistem dalam AI. Supaya kita dapat mendidik pelajar kita untuk tidak menyalah guna AI. Kita kena ajar mereka bahawa AI hanyalah sebuah mesin.

“Mesin tanpa emosi, tetapi kita bukan mesin, kita ada emosi,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025 di sini, pada Rabu.

Langkah mempertimbangkan latihan AI untuk guru dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam memperkasa sektor pendidikan agar selari dengan perkembangan pesat teknologi, terutamanya dalam menghadapi era digital.

Sementara itu, dalam ucapan pembukaan persidangan tersebut, Abdullah menyuarakan hasrat para guru agar kerajaan negeri memberi perhatian kepada keperluan memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang AI melalui program latihan yang tersusun.

“Ini kerana mereka mempunyai kebimbangan yang kreatif dan sah untuk menggabungkan AI ke dalam kaedah pengajaran mereka di semua sekolah di Sarawak,” katanya.

Persidangan Media Sarawak 2025 mengangkat tema “Artificial Intelligence: Shaping the Future of Journalism”, mencerminkan perubahan landskap media global serta peranan teknologi AI dalam dunia kewartawanan dan pendidikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan