Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025, di sini, hari ini.. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sidang Khas DUN: Agenda diumum dalam mesyuarat pra-majlis

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan agenda Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 7 Julai ini hanya akan didedahkan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Perkara itu dikongsi beliau ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2025 di sini, hari ini.

“Kita ada mesyuarat pra-majlis, nanti Speaker akan beritahu (agenda) sebelum sidang khas tersebut,” kata beliau.

Sebelum ini, media dimaklumkan mengenai sidang khas itu menerusi notis rasmi bertarikh 7 Julai yang dihantar kepada semua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Notis berkenaan, yang ditandatangani oleh Speaker DUN, menyatakan bahawa sidang khas itu akan bermula pada jam 9 pagi, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 8(3), Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan