Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan bahawa data sehingga enam juta pelanggannya diakses oleh penjenayah siber. Foto hiasan AFP

6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber

ByBernama

SYDNEY, 2 Julai: Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan bahawa data sehingga enam juta pelanggannya diakses oleh penjenayah siber, lapor agensi berita Jerman dpa.

Dalam kenyataan pada Rabu, Qantas memaklumkan bahawa insiden itu berlaku apabila seorang penjenayah siber menyasarkan pusat panggilan dan berjaya menceroboh sistem khidmat pelanggan yang dikendalikan oleh pihak ketiga.

Bagaimanapun, sistem berkenaan berjaya dikawal dan tiada sebarang kesan terhadap operasi mahupun keselamatan penerbangan Qantas.

Menurut syarikat, platform pihak ketiga terbabit menyimpan rekod perkhidmatan kira-kira enam juta pelanggan dan aktiviti mencurigakan dikesan pada Isnin.

“Kami masih menyiasat sejauh mana jumlah data yang telah dicuri, namun kami menjangkakan skala kebocoran ini adalah besar,” menurut Qantas.

Hasil semakan awal menunjukkan maklumat yang terjejas termasuk nama pelanggan, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor keahlian ‘frequent flyer’.

Namun Qantas menegaskan bahawa sistem itu tidak menyimpan maklumat kad kredit, data kewangan peribadi atau butiran pasport. Akaun keahlian pelanggan juga tidak digodam dan tiada kata laluan, nombor PIN atau maklumat log masuk yang terdedah.

Qantas turut memaklumkan bahawa pelanggan yang terlibat sedang dihubungi secara berperingkat bagi memaklumkan situasi sebenar dan bantuan yang tersedia.

“Kami memohon maaf kepada para pelanggan dan mengakui insiden ini menimbulkan ketidakpastian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qantas, Vanessa Hudson.

Beliau berkata bahawa pihak syarikat kini bekerjasama rapat dengan pakar keselamatan siber kerajaan Australia bagi menyiasat dan menangani isu berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan