Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata Israel bersetuju dengan “syarat-syarat yang diperlukan” bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza. Foto AFP

Israel setuju syarat untuk muktamadkan gencatan senjata 60 hari di Gaza – Trump

ByBernama

WASHINGTON, 2 Julai: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata Israel bersetuju dengan “syarat-syarat yang diperlukan” bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.

Trump dalam satu kenyataan menerusi platform Truth Social miliknya memaklumkan bahawa wakil-wakilnya mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai Israel pada hari sama, lapor Anadolu Ajansi.

“Israel telah bersetuju dengan syarat-syarat penting untuk memuktamadkan gencatan senjata 60 hari dan dalam tempoh itu, kami akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menamatkan perang,” katanya.

Trump berkata bahawa Qatar dan Mesir selaku perantara dalam rundingan itu akan menyerahkan “cadangan akhir” kepada kumpulan Palestin, Hamas.

“Saya berharap, demi kebaikan Timur Tengah, Hamas menerima perjanjian ini, kerana ia tidak akan jadi lebih baik — MALAH AKAN JADI LEBIH BURUK,” tegas beliau.

Terdahulu pada hari sama, Trump turut memberitahu pemberita bahawa beliau berharap gencatan senjata di Gaza dapat dicapai “pada minggu hadapan”.

Beliau juga berkata akan membincangkan isu Gaza dan Iran bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pertemuan mereka minggu depan di Washington, DC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan