Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro, Safiee Ahmad menyampaikan sumbangan kepada penerima di Pusat Khidmat DUN N.43 Daro, selasa petang. Foto DUN Daro.

10 NGO, PIBG di Daro terima geran MRP berjumlah RM81,000

DARO, 2 Julai: Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menerima geran di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM81,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyeru agar semua NGO yang menerima sumbangan terus komited menjalankan program yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.

“Saya berharap dana yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merancang dan melaksanakan aktiviti berorientasikan pendidikan, kebajikan dan pembangunan sosial masyarakat,” katanya di Pusat Khidmat DUN Daro pada Selasa.

Menurutnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro semakin pesat membangun dari segi fizikal dan infrastruktur, aspek pembangunan sosial dan pendidikan tidak pernah dianaktirikan.

Tambahnya pelbagai inisiatif terus digerakkan agar pembangunan insan dapat berjalan seiring dengan kemajuan fizikal, selaras dengan usaha melahirkan masyarakat berilmu dan berdaya saing tinggi.

Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan Insentif Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 23 pelajar dari kawasan berkenaan.

Sambil merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima, Safiee menasihati pelajar supaya terus mengekalkan semangat menimba ilmu serta menjadi contoh terbaik kepada masyarakat di kampung halaman.

“Jadikan kejayaan sebagai satu tanggungjawab. Apabila berjaya suatu hari kelak, kembalilah menyumbang kepada masyarakat dan negeri.

“Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu merubah nasib keluarga dan membina masa depan lebih cerah,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan