Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terengganu FC (TFC) bakal diterajui tokoh korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Foto Terengganu FC (FB)

Tokoh korporat bakal terajui TFC musim ini

ByBernama

KUALA NERUS, 1 Julai: Terengganu FC (TFC) bakal diterajui tokoh korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu selaras dengan pelan penswastaan penuh kelab berkenaan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, yang memaklumkan bahawa beberapa calon telah disenarai pendek dan kini berada di peringkat akhir pemilihan.

Menurutnya satu sesi temu duga tertutup dijadualkan berlangsung minggu depan bagi menilai calon paling layak dan berkredibiliti untuk menerajui pengurusan TFC secara profesional.

“”Kali ini kita akan membawa tokoh korporat bagi menguruskan kelab TFC. Sudah tiba masa kita beralih sepenuhnya kepada model penswastaan demi kelangsungan dan perkembangan kelab,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Football Sdn Bhd (TFCSB) dan Kumpulan Terengganu Incorporated (Trg Inc) di sini hari ini.

Hishamuddin berkata pelantikan CEO baharu itu akan diumumkan selewat-lewatnya penghujung bulan ini, tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah TFCSB.

Pada majlis itu, Trg Inc menyerahkan penajaan berjumlah RM1.65 juta kepada TFC bagi menyokong persiapan menghadapi cabaran Liga Malaysia musim depan.

Penyerahan tajaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Trg Inc, Datuk Buehanuddin Hilmi Mohamed yang memaklumkan bahawa jumlah tersebut meningkat sebanyak RM150,000 berbanding musim lepas

“Kami percaya kekuatan pasukan bola sepak bukan sahaja bergantung kepada prestasi di padang tetapi turut memerlukan sokongan korporat, pengurusan profesional dan keterlibatan masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata kerjasama strategik itu juga diyakini dapat meningkatkan keterlibatan jenama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri menerusi platform yang ditawarkan TFC. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan