Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima kereta yang diletakkan di hadapan rumah musnah terbakar Foto JBPM Selangor

Lima kereta yang diletakkan di hadapan rumah musnah terbakar

ByBernama

SHAH ALAM, 1 Julai: Lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada 6.44 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi.

“Sejurus tiba, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan lima kereta pelbagai jenis di hadapan rumah teres dua tingkat Kelas A berkeluasan 2,400 kaki persegi.

“Semua kenderaan terbabit terbakar 90 peratus. Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres anggaran lima hingga 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata proses memadam kebakaran melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan