Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki kerugian lebih RM211,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud. Foto hiasan Envato

Lelaki rugi lebih RM211,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

SIBU, 1 Julai: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an kerugian lebih RM211,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor pada awalnya tertarik dengan satu iklan pelaburan saham HPC View di Facebook pada 16 Mac lalu.

“Mangsa kemudiannya menekan pautan yang disediakan dan berhubung dengan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Tina’ melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek telah memberi penerangan berkaitan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan dan seterusnya mengarahkan mangsa memuat turun satu aplikasi bagi tujuan pendaftaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, setelah proses pendaftaran selesai, mangsa diarahkan membeli saham dari tiga negara iaitu Malaysia, Hong Kong dan China, serta membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diberikan suspek.

Katanya lagi, mangsa melakukan sembilan transaksi antara 30 April hingga 21 Jun tahun ini melibatkan jumlah keseluruhan RM211,400.

“Suspek turut menghantar tangkap layar menunjukkan keuntungan RM6,000 kononnya hasil pelaburan dan meminta mangsa menambah bayaran untuk mendapat keuntungan lebih tinggi iaitu sebanyak RM60,153.24.

“Mangsa mula rasa curiga dan sedar dirinya telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan