Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Koperal Mohd Hafizul Tuah merangkul gelaran Juara bagi kategori Bina Badan (30-39 tahun) pada World Police & Fire Games di Alabama Foto TVS

Anak Sarawak, Hafizul takluk Alabama hadiahkan emas buat Malaysia

ByAbdullah

ALABAMA (USA), 1 Julai: Menyimpan impian sejak tahun 2017 hingga membuah emas pertama di pentas dunia, demikianlah kisah penuh inspirasi Koperal Mohd Hafizul Tuah, yang berjaya merangkul pingat emas kategori bina badan lelaki 30–39 tahun pada World Police & Fire Games (WPFG) 2025 baru-baru ini.

Berpangkalan di Kuala Lumpur, nama anak kelahiran Sarawak ini tidak nama asing dalam dunia bina badan PDRM selepas dinobatkan Juara Antara Juara dalam Mr. Police Piala Ketua Polis Negara pada Mei lalu menambah koleksi kejayaannya dengan kemenangan dalam World Police & Fire Games.

“Sejujurnya saya rasa sangat bangga kerana bukan sahaja dapat mengharumkan nama negara, tetapi juga nama PDRM dan negeri Sarawak tercinta.

“Ini adalah kali pertama saya berpeluang menyertai kejohanan ini selepas bercita-cita tinggi untuk mewakili Malaysia sejak 2017, dan saya berasa amat bersemangat dengan kejayaan ini,” katanya.

Beliau mengakui cabaran terbesar bukan sekadar dari pentas pertandingan, tetapi juga dari segi latihan dan perbelanjaan.

“Sejak Januari menjalani latihan rapi sambil mengawal diet yang ketat meskipun kos meningkat…tetapi saya tidak pernah patah semangat,” katanya.

Menurutnya, kejayaan di Birmingham adalah bukti ketabahan seorang anggota barisan hadapan yang bukan hanya menjaga keselamatan negara, tetapi juga mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Mohd Hafizul oleh itu menzahirkan penghargaan kepada keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan hingga dirinya memperoleh kejayaan di pentas dunia baru-baru ini.

“Keluarga saya, baik yang berada di rumah mahupun di kampung, banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan ini,” katanya.

World Police & Fire Games adalah kejohanan bertaraf dunia dua tahun sekali yang menghimpunkan atlet dari kalangan polis, bomba, kastam dan imigresen dari lebih 70 negara. Edisi 2025 menyaksikan lebih 8,500 peserta bersaing dalam lebih 60 jenis acara sukan, dianjurkan oleh California Police Athletic Federation (CPAF).  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan