Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M Kumarasan berkata, sebelum itu, wanita berkenaan yang berusia 23 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 2.23 petang.

Pekerja buat laporan palsu dakwa wang majikan RM21,000 disamun

ByTVS

ISKANDAR PUTERI, 1 Julai: Tindakan seorang pekerja membuat laporan palsu semalam yang mendakwa wang milik majikannya berjumlah RM21,000 disamun, akhirnya menjerat dirinya setelah hasil siasatan mendedahkan cerita sebenar.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M Kumarasan berkata, sebelum itu, wanita berkenaan yang berusia 23 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 2.23 petang.

“Dia melaporkan bahawa telah disamun di kawasan Gelang Patah dan wang tunai milik majikannya sebanyak RM21,000 telah dilarikan oleh seorang suspek.

“Hasil siasatan mendapati bahawa wang tersebut telah digunakan oleh wanita berkenaan untuk perbelanjaan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kedua berkenaan laporan palsu pada pukul 1.35 pagi tadi, yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun.

Jelasnya, lelaki itu melaporkan bahawa dia telah disamun di tepi jalan di kawasan Kangkar Pulai dan mendakwa beg miliknya yang mengandungi dokumen peribadi telah dilarikan.

Namun, hasil siasatan mendapati bahawa pengadu membuat laporan palsu bagi mengelak dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kad pengenalannya yang telah tercicir semasa pembaharuan.

“Orang ramai diingatkan bahawa perbuatan membuat laporan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya sekali,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan